Kini aku bersama family tercinta aku di home sweet home. Hooraayyy !! Aku akan menghabiskan masa aku, cuti aku bersama mereka. I'm always happy with my family... Thanksss both of you and always Love them damn much !
Jodoh ???
Errrr, aku blurrr dengan jodoh ni.. Entahhh, aku pun tak tahu adakah ini dinamakan jodoh... Aku merasakan kalau jodoh aku makin menghampiri aku. Ohhh dear Zauj, adakah engkau jodoh aku?? Adakah engkau diutuskan oleh Nya untuk aku?? Apakah yang perlu aku lakukan?? Aku terkedu seketika..
Insyaallah, jika engkau adalah my future Zauj aku.... Aku akan terima engkau dengan hati terbuka. Untuk berkahwin terus, mungkin aku tidak ready lagi. Maafkan aku... Dalam perancangan engkau akan datang meminang aku bulan 6 ini?? Insyaallah, jika tiada halangan.... Semoga ia akan berjalan dengan lancar aku doakan..
Tak pernah aku sangka tidak pernah aku duga kalau engkau akan menjadi future Zauj aku... Aku hanya pernah kenal engkau sebagai kawan and aku tak pernah anggap engkau lebih dari seorang abang. Tapi?? Mampukah aku mencintai dan menyayangi engkau sepenuh hati aku?? Tapi aku yakin, semua itu boleh dipupuk selepas berkahwin... Aku bersyukur jika engkau bakal menjadi imam ku kerana aku tahu engkau seorang yang beriman, bertanggungjawab dan penyayang. Aku berharap engkau dapat menjaga aku...
Aku masih lagi terasa seolah2 sedang bermimpi. Adakah aku sedang bermimpi?? Tapi, bukan senang untuk aku buat keputusan. Hal ini menjadi makin rumit apabila aku terpaksa membuat pilihan di antara 1 yang terbaik untuk aku and persetujuan dari family aku.. Dalam hal macam ni pun, tuhan masih meguji aku. Aku memerlukan bantuan dari Mu Ya Allah. Aku masih kabur untuk membuat pilihan.. Berikan aku membuat pilihan yang tepat untuk kehidupan aku masa hadapan...
Wahai Hati... Semoga aku dapat membuat keputusan dalam keadaan aku yang tenang. Insyaallah... Dear future Zauj, semoga engkau adalah orang yang tepat yang aku pilih dan jangan pernah sia siakan kehidupan aku sebagaimana masa lampau aku. Aku sangat berharap... Aaminnn :)
p/s : Engkau ambil dia dari aku dan engkau datangkan kepada aku dengan orang2 yang lebih baik. Insyaallah, Aku percaya dengan semua rancngan engkau Ya ALLAH.. Allah is Merciful
No comments:
Post a Comment