❤️ Aku Mengenali Mu ❤️

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ♥ Tuhan Berkati Hidup Kami ♥. Show all posts
Showing posts with label ♥ Tuhan Berkati Hidup Kami ♥. Show all posts

Thursday, 14 January 2016

Sweet Memories (!)

❤️ Happy Anniversary sayangku Mohd Norizuan Zainal ❤️



1 year 7 moths. Alhamdulillah still in relay engagement. Yang penting tak pernah tak rindu tak pernah tak sayang dan tiap hari sayangg jeee. Encik MNZ so excitedssssss counting a big day. Tahun depan laaaaa awakk.. Lambat lagi taw, tapi sekarang masa always berlalu dengan cepat dan pantas. Lagi2 tengah belajar lagi nii dan just tinggal 1 sem kelas dan 1 sem lagi praktikal. Yuhhhuuuu tak sabar woii nak graduate buat kali kedua. Hopefully semua berjalan dengan lancar dan menggikut plan yang dirancang. Insyaallah :)

Saya tak mintak banyak pun kat awak, cukup laaa dengan awak fahami saya, sayangi saya, cintai saya, hargai saya dan jangan sia2 kan hidup saya. Hehehe yeayhhssss for future zauj, hopefully you are my Mr.Right... Selalalu bersyukur dengan apa yang dirancang oleh Nya kepada kehidupan yangg skrg ni. Always think positive, cube mempercayai di antara 1 sama lain,bertolak ansur, kurang kan merajuk, try to be a matured women. Sebab yelaaaa saya kan kuat merengekkk macam budak2 pun ye jugak. Thats me !

Tapi Encik MNZ tak pernah nak merungut kat aku ape2 pun. Aku rasa selesa  bersama dia. Aku cuba  mengenali, mendalami dia. Even aku ni berbeza umur, bebeza pendapat, and  soo on. hehehe tapi kamii cuba menjaga hubungan kami seelok semampu. Semoga hubungan yang dijalin ini berkekalan selama2 nye. Insyaallah. Prayy for  our happiness...

Kepada semua kawan2 yang dah ramai tunang, kahwin, dapat baby semuaaa tu congratezzz yaaa korang punye jodoh sampai dulu. Moga kalian semua bahagiaaa bersama insan tersayang. Bakal menyusur ke alam seperti kalian.  Masa itu akan tiba. Bila dah sampai jodoh dan seru insyaallah pasti merasa setiap seorang ke alam Family. Hihihi

Hujung tahunn ni aku dah habes belajar, insyaallah akan ke next step. Amboiiiiii!! Btw  we just merancang. Semoga dipermudahkan segalanye laaaa mintakk2 kan. Yang  penting settlekan belajar  siap2 dulu. Baru lah rasa tak terbeban sangat tanggungjawab yg nak kene pikul kan.. 


❤️

❤️

❤️

Thanksss  kepda semua yg  always support me yaaa  ! Sayangggg korang semuaaaaa tawww !!! Yang still kawan dengan aku just teruskan, siapa yang dah lupe kawan tu kita birakann je  mereka dengan kehidupan meraka. Mungkin mmereka lebih bahagia dengan kehidupan mereka  sampai lupaaaaaa kawan terus  kan. Pilih  lah the best friend yg boleh jadi sahabat susah senang bersama. Sebagai kawann always doakan kebahagiaan buat kawan2 yg lame mahupun kawan yang baru kenal. Semogaaa kalian semua berjaya dan mendapat jodoh dengan orang2 yang baik...:))


❤️

❤️

❤️






❤️ I LOVE all of you ❤️













Sunday, 10 January 2016

Alhamdulillah (PRS)

Assalamualaikum Pembuka Rezeki :)






Hai Assalamualaikum. Here me now at Pusat Rawatan Saniah & Spa (PRS). Kini PRS sudah berpindah ke lokasi yang lain. Firstly, congratez to Puan Saniah kerana dah berjaya ke level seterusnye. Alhamdulillah Big Madam aku punye business semakin hari semakin maju dan dilimpahkan rezeki yang banyak setiap hari. Dan aku pulak dah start cuti sem ni apa lagiii, duk join sekaki laaa part time. Hihihiii tak de lah aku bosan sangat kat rumah. Dengan kebolehan kepandaian aku sikit2 tentang design2 ni so keje yang aku dapat buat kat PRS ni duk design pemplate kee ape kee. Boleh laaa daripada duk goyaangg kaki tak dapat hapaa pun.

Bukan nak cakap apa laaaa... Aku cukup bangga dengan Big Madam (Puan Saniah). And finally Big Madam punye impian tercapai. Even banyak sangat dugaan, halangan, semuaa yang dia kene hadapi. Tapi Big Madam aku sikit tak goyangg laaa derrr. See?? How strong you are Mum ! Aku soluteee gilakk laaa kat Big Madam. Memang banyak yang Big Madam aku kene lalui even sampai sekarang. Dengan orang main kotor nye orang duk buat fitnah laaa duk mengataaa laa tapi Big Madam seorang yang tabah. Thats why laaa Big Madam boleh berjaya macam hari ni. She is my idole. Hopefully dapat jadi macam Big Madam seorang yang cekal & tabah.... Hihihi

Big Madam selalu pesan kat aku "Biar orang nak buat apa kat kita, TUHAN ada bersama kita, DIA mampu mendengar, melihat semua gelagat umat2 nye. Tuhan baru menguji sedikit, jadi jangan lah kita berputus asa, Insyaallah pasti ada hikmah nye".. Big Madam always senyum dan berkelakuan seolah2 tiada masalah, dan tenang sangat. Itu lah kebanggaan aku terhadap Big Madam. Berkat kesabaran Big Madam sampai hari ni Tuhan melimpahkan dengan rezeki yang lebih kepada Big Madam. Alhamdulillah :))

Aku sebagai anak always akan support Big Madam, akan menjadi tulang belakang Big Madam untuk berjaya dan terus maju. Happy to see your business, semakin berkembang maju, semakin dikenali, and so on. PRS ditubuhkan di atas usaha Big Madam dan di bantu oleh anak2, Alhamdulillah bersyukur. 






Semoga Allah berkati, rahmati dan lindungi perniagaan family kami sekeluarga. Jauh kan lah kami dari orang2 yang busuk hati dan yang berniat jahat kepada kami, semoga Allah membawa mereka ke jalan yang benar. Sedarkan mereka.. Semoga kami tetap pada hati, cekal dan terus tabah untuk mengharungi dugaan yang bakal engkau berikan kepada kami. Aaminn :))











Tuesday, 25 August 2015

Smile Sayang...

Assalamualaikum entri diari hatiku... Bila happy je cari kau, bila sedih je cari kau, bila bosan je cari kau kan diari hatiku?? Hihihi yesssss, this is the place that I can story mory.. About my life. I know all the peoples really2 want to know about my life. So, here I am to share at uollsss gaissss.. If suke uollss boleh bace and if tak suke jangan bace hokeh ! Hakak dah pesan awai2.. :)


Well..... entri kali ni is about dugaan. Kita as a human in the world ni kan memang tak lari dari dugaan. TIPU kalau tiada dugaan dalam hidup uollss right? Tak rare laaa hidup ni babe kalau tak de dugaan. hahaha yessss dugaan tu adalah di ibaratkan ujian yang perlu dihadapi untuk melihat tahap atau kemampuan seseorang itu. And...... FYI Tuhan tak kan bagi ujian kat seseorang itu melebihi dari kemampuan masing2. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian nye JUST cepat atauu lambat jeeee. hihihi :D



Aku?? Laaaaaagiiii lah banyak dugaan. Tapi yang aku perasan laaa aku banyak di beri ujian mase aku dari Diploma until now I'm degree. hehehe memangg syiokk kan dapat dugaan yg hebat2 gituwww. Pedih, Sakit, Terluka, Terkoyak, Terabak, Hancur semuaaa pasal hati ni xyah cakap laaaa. Aku memang dah biase and dah expert. Sampai hati aku dah tak de perasaan. kah kah nak gelak.. Sampai dulu satu masa aku rasa hati aku dah mati and aku dah tak boleh nak sayang orang lelaki. Aku rasa lebih baik pintu hati aku ni dah tutup untuk semua orang just biarkan dia mati macam tu... Seriously seksa..



Perempuan ngan air mata memang tak dapat dipisahkan derrr... hahaha tuhan memang menganugerahkan kepada setiap wanita hati dia ni lembut, lembut sngt dan memang cepat tersentuh walaupun hal2 sekecik kuman tu... kadang2 memang tak dapat control air mata. Perghhh cerewet siakkkkk. Aku memang takk sukeee sngt keadaan aku mcm ni. Well, aku dah tak reti nak buat mcm mane. Aku happy aku menages.. Aku sedih aku menanges, aku sakit aku menanges, aku blaa blaaa blaaa semua nanges nanges nangess. Sampai kadang2 aku pun konfius dengan diri aku ni dah kenapeee... Yesss !! Itu lahh aku yang sngt cengengg.. Hihihi sape tak tahan dengan perangai aku yg cengeng nii silaaa blahh.. Okehh???




Just can said "Bersabarlah duhai hatiku. Kesian lahaiiii kat kau. Bertahan ye sayang...." *Sambil tangan menggosok2 hati ni* :D 




Remember one thing... Tuhan tak kan berhenti menguji kitaa sebab ape??? Sebab dia sayanggg aku manyak2.. Hihiii aku pun sayangg diaaaa KEKASIH ABADIKU SELAMA2 NYA. hihi DIA selalu ada bersamaku diakala aku jatuh dan bangkit kembali :)



Dulu2 aku tak strong macam sekarang. But now I'm hope lebih stronger than before... Insyaallah... Kehidupan kita ni we need to always Pasrah. Yessss... If DIA telah menetapkan kau yg tertulis di Lauh Mahfudz, Kau adalah rahsia terbesarku, kehadiranmu menyempurnakan hidupku wahai bakal imamku. So kite kene always REDHA dengan ape yg telah ditetapkan...





Dear heart please strong and cool. Rremember ALLAH is the BEST PLANNER for US :D 









Monday, 24 August 2015

Muchooo Mr Korean ❤️


Assalamualaikum and haiii diari hatiku. Long time not update my story mory at here. I miss so much to typing2 my entry. Hamaigadddd.... Hehehe for 1stly Alhamdulillah.  Gaisssss, mestiii semua tertunggu2 kan entry aku kali ni sbb aku da lame x update about my personal life. Rindu kan??? Haaaaa mesti stalker entry aku selalu lahhh ni.. Tq reader lovers :*




Now aku kat rumah dah kat 3 bulan babe . Memang home sweet home sngt sampai kepala otak aku naik beku sudah. Hahahaa makan makan makan jalan jalan jalan shopping shopping shopping dating dating dating... Hahaha routine aku. Opsss lupe plak aku part time kat rumah aku jadi bibik a.k.a suri rumah. Okey okey konon laaaaa. Kan nak jadi isteri Encik Norizuan kelak senang. Ye dakkk Si Sepet ku?? Hahaha kau layankan ajeee kepalee gilosss aku dgn kau2 jadii gilaaa. Hihi sorry kita x cakap kat bakal Zauj kita gilaa taw. Sbb Encik Norizuan cakap xmoaa xmoaaa cakap macam tu kat bakal suamii. Hihi ai aii cip !!



Counting days nak kene back to tempat study ku... Ohhhh Jb ! pleaseee laaa jangn welcome kan akuuu. Aku xnak balikk laaaa woiii!! Xnakk balikk. Nak stay kat home sweet home *berderai air mata* Big Madam Big Boss semuaaa dengarr takk ni?? Huwaaaaa :'(Sem depan aku dah FYP 1, seriusss akuu takot. Degree babe kau ingat budak sekolah punye pelajaran kaaa?? Memang goyang gegar habes otak aku ni. Mohon tuhan jadikan otak aku makin bertambah geliga senuaa lah. Aku strong kan?? Yesss, lagi 2 sem and  practical je yg tinggal. Lepas tu aku freedom laaa.. Hahaha seronokkk wehh. Excitedsss sngt nak tunggu masa tu.



Mr Korea aku sorang tu selalu laaaa kene hantar masuk kampung orang asli. Pas tu aku ni setengah mati merindu then mulaaa laaa meroyan. Hahaha dia kene masuk hutan 1 hari. Then aku tunggu laaa text dia dari pagi sampai malam derrr. Memang give up laaa ceritaaa diaa aku tunggu kau lamaa2. Apahal seyhh tak balik lagi kau tersangkut kat kampung orang asli ke? Ke xnak balik ke bandar dah. Hahaha sebuk berdating dgn org asli tu ehh? Dengan line nye takde mati akal aku seriusss wehhh. Tapi aku wat ilex wat peaceee je. Then aku wish laa kan hopefully esok tu aku bangun aku nak dia yg kejutkan aku dari tidow. Hihihi hopefully laaaa..



Anddddd......... Wish aku termakbul. Dia kol aku tercungap2 bagai suara macam nak nangesss bagaii. Hahaha apahall kau rinduuu mati ke kat aku??? Hihihi rupenye Mr Korea aku ni tersadaiii kat kg org asli dgn team nye gara2 si Doktor yg sngt bertauliah itu lupa nak bagitau kat pemandu suruh ambek depaa. Perghhhh semuaa menyirap. Dapat lah kau maki yg sia2 Doktor oiii. Kalau aku memanggg erghhh x taw nak cakap laaa kan. Tp aku happy dpt dgr suara kau. Tahu pun rinduuu kan? Tgkkk aku x goyang langsunggg wehh... Hahaha okey aku tipu. K bye !!







Myamor Norizuan.... Suke nak trace kau and finally aku yg berderai air mata.. Apahal kau hati kering. Bakkkk tukar dgn aku. Aku tak suke aku yg cengeng. Hahaha rimas. Hati lembut sngt bak gula2 kapas. Mueheheheee tak nak sayang kau lebih pun sbb aku lagi sayang Allah manyak2..








Sunday, 24 May 2015

Entri Terpendam (!)


Assalamualaikum... Hari ni nak berloghat utaro. haha gua pnya sukaaa :))


Hai hai and hello to all my b.b. ahahahaa new name for b.b is mereka yang "BUSYBODY". Kepada orang yang suke sangat busy body pasal aku tuuuu niii mai aku nak habaqq siket kat hangpaaaaa... Hangpaaaa dengaqqq noaaa... Ni pasai aku hangpaa x yah lah duk sibuk2 nak ambik care sangat pasal aku, konon laaa... Sometimes aku rimas taw dak, rimas dengan hangpaaa yang sibok masuk campur dalam hal urusan aku. Woii hangpaaa tu sapa?  Hangpa kaaa bagi aku makan aku duk kat sini? Hangpaaa pun mak bapak hangpaaa duk tanggung. So x payah nak sibuk2 pasal aku. Please keyh....



Celaruuuu laaaa hangpaaaa duk sibuk care hal aku. Ni satuuuu hal lagi, aku tak suke lah orang nak mengata aku kat belakang2. Ni mai depan2 muka aku teruihhh laaaa kalau nak mengata, bagitau aku pa yg hangpaaa x puas hati... Ade beran kaaaa hangpaa?? Yang aku duk pelik sangat, aku tak pernah nak menyibuk pasal hangpaaa semua, ikot suke hati hangpaaa lah nak buat apa dengan hidup hangpa. Semua dah besaq, ada akai tuhan bagi, tahu mana buruk, buat dosa sendiri tanggung. Buat paaa lahaii duk sibuk cari pasal hal2 orang lain. Hal sendiri pun x tercare... Heyyyy manusiaaaa manusiaaaa zaman sekarang.... *geleng2 kepala*



Hangpaaa x yah ingat hangpaaa nihhh sempurna sangat lahaiii. Kalau betuii hangpaaa nak bagi nasihat memang baguihhhhh !!! Tapi takat bagitau cukup laaaa 3 kali sudah laaaa noaaa...  Naik cemuihhhh laaaa duk dengaq hangpaaa. Hangpaaa pun tunggang terbalik lagiiii, uruskan hal hangpaaa sendiri duluuu noaaaa. Haaaaa macam tu laaaa. Hangg duk kat situ diam2, duk buat kerja hangpaaa. Dan aku duk buat kerja aku, aku memang x suke duk cara hal orang. Taw dakk??  Kan senang kerjaaaa lagu tu. Aku aman.... Hangpaaaa pun aman. X yah duk kepoh2 duk cerita pasal aku lagi noa. Aku tau lah aku HOT STUFFF ajet2 RETISSSS gituwww. Apa kau jelezzzz??? Hahh, aku x mintak keyh.....





Notes : To all b.b cukup2 lah tu.... Aku dengaq belakang xpaaa hangpaaa duk cerita pasai aku, kalau aku terdengaqqq depan2 memang dapat nayaaa laaa hangpaaa noaa.. Ni aku warning kat hangpaaa taw? Ngumpat kaa hapaa kaaa simpan baik2... Sumber aku ada dimana2, macam aku xtaw hangpaaa baik depan jaaaaa belakang macam hampeh !! Puiiiii manusia talam bermuka mukaaa macam ni laaaa.... Okey kesian. Kita 0-0 lagi :-P




Pasai hangpaaa semuaaa aku dapat dosa kering percuma... Lastttttt aku mulutt jahat macam ni taw ! Lain kali jangan cari pasal laa dengan aku. Aku harap sngt... TQSM to all my dear haters :* #Kipidap #DoYourOwnBusiness #MaafSalahSilap #SalamKosongKosong









Friday, 22 May 2015

Encik Bintang Hati...


Tetibaaaaaa aku teringat kat kau....... *kau buat ape tu eh? Dah makan? Ingat aku x? Rindu aku x?* Hermmmmmm...... 

Hmmmmmmm, aku nak buat nota pun susah lah. Menulis nota x sampai 1 perenggan aku dah benti. Pas tu aku sambung lagi... Then benti lagi?? Woiii bila aku boleh siap nota aku kalau macam nihhh... Hermmmmmmmm I miss you Encik Norizuan. Yaaaa, aku tahu kau terpaksa pergi operasi. Dah lah tu kampung orang asli plak. Tak de line. See? Aku sorang2 macam ni.... :'(

Dah lama kan kau tak kene pergi operasi macam ni. Alaaaaaa, rilex laaaaaaa.... 2 hari je pun, nak menggelabah ape hal seyhhhh.. Cube cool. Yeayhhh !! Aku cubeee... Tapi akhirnya aku tewas jugak. Asyik duk terpikir kau ape hal?? Hahahaaaa okey aku meroyan lah kot malam ni.

Btw Encik Norizuan........ 21 May 2015... Kau buat aku supriseeeeee !!! Kau delivery fresh flowers kat aku.. Fresh flowers tu colour BIRU. Hihihi colour favourite aku. Fresh Flowers Blue memang sangat limited. Aku ni kan pelik sikit. Hahahaa seriously sangat suprise. Aku terharu sangat.... Rase macam nak nangis. Woiiiii kau tak romantik lahhhh!!! Tapi kau sweet sangat. Aku tak kisah pun kau tak romantik tapi kau sangat2 limited person. Serious kauuu sangat penyabar dengan aku kan....

Cerita nyee..... Petang tuuuu, aku kelam kabut nak pegi kelas. *Phone aku berdering* dah macam alaaaa2 binget telinga aku, baru lah aku jawab panggilan tu. Yelahhh, aku tengah sibok kotttt pakai tudungg bagaiii dengan panas nyeee peluh akuu dah mencurah2 dari atas kepalaaa ni macam air paip dah taw. Ehemmmm2 baiki suara sikit...

Chines Man : Hello... Ini Nor Amaliena Syamimie ka? 

Aku : Hello.... Yap saya lah tu *krikk krikk* Aku blurr kejap. Mamat Cina mana plak nihhh kol aku? 

Chinese Man : I dari Flowers Shop... Ade delivery bunga for you... From your husband....

Aku : Haaaaaaa? Delivery bunga? *double krikk krikkk* Bilaaa pulakk aku ade husband?? Ishhh salah org laaaa niii kott....

Chinese Man : Helloo... I dah kat Sekolah Seni... You dah habis mmengajar ke? Kat mane I boleh delivery bunga ni kat you??

Aku : Pulak dahhhh... Bila masa pulak aku mengajar kat Sekolah Seni.. Aku dah menggelabahhh siakk mase tuuu.... Aku dengan slumber.. Maybe you salah org kot...

Chinese Man : Tak salah. Ini nama you kan "Nor Amaliena Syamimie" no tel you... Husband you yg bagi... So macam mane? I kene jugak hntr bunga ni kat you...

Aku : Actually I bukan mengajar kat Sekolah Seni. I student kat Unikl Mitec. Unikl Mitec just kat sebelah Sekolah Seni je pun. 


Blaaa blaaaaa bagi plannn jalan semua kat Chinese Man tu sampai berteraburrrr air liur aku semuaa baru lahhh nak faham kan. Haishhhh !! Btw aku mmg tak boleh ambik bunga tuuu sbb aku mmg tengah nak ada kelas... so aku suruh tlg roommate aku tlg ambilkan kat depan hostel siswi...



Encik Norizuan is calling.............. 


Aku : Assalamualaikum hubby.... :)

Encik Norizuan : Waalaikumussalam... Bby ade x org delivery bunga kat bby?? 

Aku : Ohhhhhh?? Hubby ke yg delivery bunga tu tadi?? *lahhhh hubby ke yg delivery bunga tu??*

Encik Norizuan : Iyyap bby... Hubby nak supriseee kan bby... hihihi :D

Aku : Iye keee hubby?? Gurlppppp *tertelan air liur aku nih* Hubby TQ...... tapi roommate bby ambikkan sbb bby ade kelas.. Sorry..

Encik Norizuan : Tak pelaaaa... Hubby cume nak tahu bunga tu dah dapat kat bby atau belom? Hubby nak supriseee kan bby, nak suruh bby bt kenangan....

Aku : Terima Kasih hubby.... *sebenarnyeee aku terharuuuuuuu* Aku cover.......



Encik Norizuan..... Tq so much... I love so much the fresh flowers that you had give to me. This is not a 1st time actually kau bagi bunga kat aku kan.... Hari tu pun kau pernah bagi kat aku jugakkkk tapi yg tu kau bagi by hand.. Sempene anniversary kitaaaaa.... Yelahhh, sbb aku selalu cakap kat kau.... Kalau boleh hari2 dapat fresh flowersss kan bestttt.... hihihihiii


Kau tinggalkan fresh flowersss tuu untuk aku... Sebab nyeee 2 hari ni kau tak de kann... Pandaiii nyeeee kauuuu.... Yeeeee, aku jagaaaa bungaa tuuu... Aku dah letak dalam pasu bunga ade air dah pun tau. Aku xnak bunga tuuu layu.. Sbb aku nak tatap bungaaaaa tu hari2... sebagai pengganti kau seketikaaaa... Bunga tuu laa teman akuuu cakap, teman aku wat nota, teman aku selama 2 hari nihh... Ahahahahaha :D Aku happyyy di samping tuu aku terharuuu sngt.....

Jaga diri kat sana baik2 okey. Jangan lupa solat. Jangan lupa makan. Jangan nakal2. Jangan lupa aku. Selalu ingat kat aku. Taw !!! I miss you badly Encik Norizuan.... Selamat Betugas !!





Okey. Aku nak tidow taw. Dah lewat sngt ni. Nanti mata aku lebam2 macam hapaa daaaaa. Biasenyee kalau aku nak tidow aku mesti kol kau, kacau kau duluuu sebelum aku nak tidow.... Hmmmmmm Ok RINDU BYE !!!






Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......................... Bungaaaa yg comel tuuu!! Fallen in Love.. Heee :D





Notes dari Hubby "Good Luck for you Bby.... Do the best For your Final Exam... ILYSM My Fiancesss.... From Hubby"









Monday, 8 December 2014

Birthday Girl [Nor Allieya Salsabilla Bt Asrul]


Happy Birthday to you.. Happy Happy Birthday to you, Happy Birthday To You Allieya Salsabilla.... Heeeee *okey cepat tiup lilin* :D




Baby 1 month...

Welcome to the world sayangggg.. Nama diberi Nor Allieya Salsabilla, dilahirkan pada 9 Disember 2013 pada pukul tet.. tet.. Mummy lupeeee... Merupakan Cahaya mata kedua dari Kakak aku Nor Hanis Didiana Nasir dan Suami nya Asrul Ana... Kami semorang excitedsss menunggu kelahiran kamu sayang... Kamu merupakan anak saudara Mummy yang kedua dan merupakan cucu kedua untuk Big Boss Nasir & Big Madam Saniah... Kami teruja dengan kelahiran kamu.. Dikurnikan dengan wajah yang comel, muka bulat, mata bulat, berbulu mata lebat dan panjang, berkening lebat, and blaaa blaa blaa... 


Baby 3 months..

Kini kamu sudah berusia genap 1 tahun... I wish to you my little cute Princess to be a good girl, succesfull women one day, be an intelligent like Mummy.. Ahahaha okey ayat poyo sedikit, But I'm truly means it menjadi anak yg berjaya yang taat kepada kedua ibubapa, orang tua... Xmoa nakal2 macam Mummy and Mama.. Ehehehe mogo jadi lebih bulat and cute keyhh.. Semoga Allah merahmati hidup kamu si kecil yg cute.. Hehehe btw kamu comel sangat sayangggg !!!


Baby the lattest... Seee?? Bambam gilerr right?? Geram seyh....


Notes : Birthday present nanti Mummy balik Dungun Mummy bagi keyh. I have a suprise birthday present to you cutie princess. Muahxxxxxx :* Ghinduuuuuuuu baby bambam sangat2.. Nanti balik Mummyyy nak geget2 nak kenyet2 baby !! Ehehehehe :))







Walaweysssss (",)

It is quietly late night.. I'm still awake and mate still lagi cerah duk layan lagu Martin Garrix-Live at Ultra Music Festival, orang2 tertentu jee tahu lagu nihh... Hehehe aku sekarang kalau tension kaaa stress kaaa memang aku suke duk layannn laguuu macam nih. Tuhhh diaaa.. Ehehehe mesti rindu aku kan? Opss maksud aku rindu nak bace story aku about life aku.. Yaaa yaaa yaa aku tahuu.. Hehehe :)

When I sleep lately macam ni mesti Encik Abbi kite marah and bebel2 macam biase lah kat kite. Heee bebel sebab sayanggg hokaii. Well, dan aku macam biase lah degil bukan nak tidow awal2 dah moga sekarang ni waktu tidow aku dah terbalik. Siang aku tidow, malam aku berjaga. Phewwww semua gara2 banyak keje assignment, report, projek and so on nak kene submit on time. Jenis aku pulak dan bukan aku saje lah means average students kat sini suke buat keje last minutes. So datz why lah aku terpaksa berjaga. Then sampai laaaa ni dah jadi habit. But sometimes kalau dah ngantuk tu aku tidow je x kira masa siang malam pagi petang. Dan itu lah aku "Puteri kuat tidow"....

Almost 1 year and half aku begelar as a student bachelor of Facilities and Maintenance Engineering (FAME) besides I'm as a Fiance Encik Abbi Norizuan feeling so greatful. Ahahahaaa memang bukan mudah untuk menjadi seorang student Degree hoiiiii. Kepala hari2 duk kusut masai macam rambut gara2 kuat belajar. Sabjek plak makin hardcore baqqq anggg !! Phewwww sem ni meleleyhss air hidunggg air mata wa cakap kat lu gara2 sabjek Facilities Cad and Design. Perghhhhh hari2 gua nanges dalam lab bile lecturer bagi task. Siyesss waaa x tipuu... Perasaan nak terjun tangga bile balik kelas. Guaaa punye stress rase nak lompat nak terajangg orang. Nampak x aku sangat stress. Hermmm :(

Semoga aku tabah untuk lalui sem ni and sem seterus2 nye.. Woiii doakan lah untuk aku same semoga aku berjayaaaa taw !! Insyaallah... Aku dah xnak stress lagi. Makin nak final nihh macam biase lah sibuk pulak dengan Test berbagai Test. Rase nak hantuk kepala kat dinding sebab dalam sehari bukan 2 Test tapi 3 4 Test baqq anggg... Ngeeeeeee sadissssss weyhh.. Ahahaha x rase ke citer aku ni mengayat hati korang? Ahahahaha jangan lah sampai berkerut dahi duk bace story aku kali nih. Korang x tahu bertapa aku gigih pagi ni nak type pepanjang karangan ni semata2 kerana aku nak hilangkan stress aku taw.. Hihihihi so please smile untuk aku. Thankss :D

Counting the days, nak balik cuti sem nak balik nak hug Mama, hug Abah, nak hug kembar, nak hug baby, nak hug semoranggg. Pas tu xnak balik dah kat Unikl. Ngeriiiii... Ahahaha boleh ehh macam tu?? Kewajipan belajar wehh mane boleh aku tinggal macam tu.. Rilexx ahhhh, xlame dah nak habes belajar kannn kann kan... *wat sedap hati lah konon*

You see?? Study weeks pun belom lagi dah sibuk nak balik rumah. Homesick lah weiiii. Tolong lah faham.. Aku dah laaaa anak perempuan, lagi tinggal jauh2 dengan family. Aku dah cukup berdikari taw. Tuuu laaaa hang, sapa suruh duk belajaqq jauh2 sangat?? Jauh kaa? Dalam Malaysia je lagi punnn, bukan nye overseas lahh.. Dah, jangan nak manje sangat. Sepak bertalu2 nanyaaaa satgy !! Heheheeee :P




PotpetPotpet Sayssss : Pagi ni aku punye giler lain macam sikit.. Heeee feeling rinduuu semorangggg. Orang Dungun rinduu aku x? Lagi2?? Orang Malysia rindu aku x??? Puiiii kau bajet kau retissss hot stuff?? Hehehe Opssssss !!! Okey, Aku rindu semorang yang rindu aku. K bye :)










Thursday, 6 November 2014

Hai kawan :)

Kawan sejati, sahabat sejati, rakan seperjuangan, kawan hidup mati. Kali ni entri terasa sayu dan sebak. Sayu Sebak kenape?? Sebab teringat zaman diploma yang penuh dengan semua kenangan manis dan kini semua kenangan tu sudah tidak bermakna untuk aku. Kenangan hanya tinggal sejarah hitam bagi aku... Ahahaha :D

"Dulu2 kita happy sama2 bila hang out and berovernite, kita gelak sama2 dalam karoke, kita gurau sama2 time mandi kat gambang, kita ke mana sama2 x kira jauh mahupun dekat, kita belajar sama2 x kira masa, kita bangun sahur sama2 walaupun aku paling susah nak bangun, kita menonton movie sama2 sampai lewat pagi, kita study sama2 sampai kita lintang pukang tidow lepas balik exam, kita buat ape sahaja memang sama2"

Bila teringat semua tu, cukup indah kenangan kita bersama.Pejam celik pejam celik dah 3 tahun kita bersama dan kita GRAD ON TIME bersama2. Lasttttttt kenangan time CONVOVATION kita. Tak sangka itu lah yg terakhir kita akan bersama. Dan selepas itu, semua dah buat hal masing2. Dengan kerjaya masing2.Yaaaaaaa, aku faham. Semua dah busy sebab ade yg sambung study, ade yg berkerja. Tak kisah lah korang duduk or tinggal di negara mana sekali pun but if kita selalu keep in touch Insyaallah persahabatan kita akan kekal selamanye...

Tapi paling sedih bila kawan yang sudah lupa kawan. Entahhhh, tak tahu lah ape pemikiran korang sampai dapat kawan baru terus hilang ingatan semua pasal kawan2 lama. Memang sikit tak terasa hati wehhhh bila dapat kawan kepala hotak yg jenis lupe kawan teros tuuu... Aku ucapkan tahniah sebab begitu mudah kau lupekan kawan yg pernah rapat dengan kau taw. Tapi aku x perlu nak bersedih di atas sikap kau yg sedemikian. AKu xde hak nak atur kau mahupun halang kau, Yaaaa, kau ade kehidupan kau sendiri. Tahniah kepada semua kawan2 aku yg sudah berjaya kini...

Bergembiralah bersama kawan baru mu itu, semoga mereka dapat menjadi kawan2 yang terbaik untuk kau taw ! Kita berkawan sampai disini sahajaaaa. Ramai kawan2 yg kata "Tak sangka kau berperangai sedemikian. Terima Kasih daripada kami semua kepada kamu".....

Aku akui aku memang ramai kawan, dan kalau ikotkan hati aku... Takat kau orang tuu apadahal laaa sangat... Aku memang x kisah sangat pasal kau nak kawan aku ke tak... Nampak tak macam aku ni sombong?? Yesssss, kalau lah aku macam ni... Tapi Alhamdulillah, tuhan masih lagi jauhkan aku dengan sifat "riak, angkuh, sombong, berlagak, takbur and so on".... Aku bukan jenis yg macam tu.. Yelah, mungkin aku x setaraf dengan korang.. Ahahahahaha, ayat boleh pegi jahanam keyh...

Takpe lah kawan, aku akan remove semua tentang kita dulu2 yeeee... Aku akan pastikan semua kenangan kita yg dulu2 clean and clear. Aku pun nak anggap kau orang x pernah wujud dalam hidup aku. Yaaaa, ayat aku memang kejam walaupun dalam hati ni berat nak buat macam tu. Tapi, I'm strong enough person. I know what I do... Kau paksa aku buat macam tu, dan aku akan memaksa diri aku... Heeeeee I removed you and you from my life. Thank you :)

To all my dear old friends yg still ingat aku, Aku appreciate giler taw. And Alhamdulllah sampai ari ni kite still keep in touch.. Semoga persahabatan kita kekal till jannah. Lepas ni sape nak suruh aku removed dye dari hidup aku mohon whassap private kat aku taw. Tak pun sesape buat perangai aku terajang jeeee korang dari group x payah sibuk2 nak leftkan diri kau.. Muahahahahaaa :D







**Woiiiii !!! Kau apehal nak terasaaaa?? Tersentap keeee woii?? Blahhh jelah dari hidup aku. Pleaseeee larhh stay away. Dan aku dah x kenal korang. Korang macam2 aku BLOCK je korang ehhh... Faham?? TQ much. BYE!!! :))





Saturday, 10 May 2014

Alhamdulillah ^_~

 ♥ ♥ ♥  Assalamualaikum  LOVE  ♥ ♥ ♥ 


Melihat gelagat manusia zaman sekarang makin hari makin pelik.. Dan akuuu suke tengok bermacam gelagat itu.. Hehehee aku rase nak gelak, rase lucu pun ade. Entah, kadang2 aku ni lebih suke memerhati. Pas tu mula lah aku sibuk nak buat penilaian kan. Hahaha manusia ni memang x lari dari buat dosa kering jeee.. Haha aku lah tu. Ape nak jadi lah dengan kau ni kan?? Errrrrrrrr =,="

For 1stly laaa..... Alhamdulillah, Aku ni rase bahagia di samping family tercinta, di samping orang kesayangan (Encik Zauj), di samping kawan2 yang penyayang dan suke care aku (roomate) (Encik Fy) and bla bla blaaaa. Haha okey yang ni dah macam aku nak buat ucapan. Fine !! Cukup lah setakat dengan semua yang ade tu dah pun buat aku bahagia. Tapi macam mane plak dengan orang yg tidak diundang?? Erghhh....

Entri ni sebenarnye bukan untuk ditujukan kepada sesape pun, tapi nak mencelah sikit lah kan. To orang yang tak diundang, aku kan bukan lah benci kan kau pun tapi setelah ape yang kau dah buat dengan hidup aku, aku mohon kau blah dari hidup aku sebab aku dah tak nak ade kene mengena dengan kau lagi. Entahhh, mungkin hati aku yang sakit dulu tak boleh nak terima kau sebagaii kawan ke ape ke aku pun x sure. But kau tak perlu risau sebab nye aku dah pun maafkan kau. Lagi pun sape lah aku untuk menghukum kau. Sedangkan tuhan boleh ampunkan umat2 nye.. ni apetah lagi manusia sesame manusia. Aku berharap kau selalu berbahagia di luar sana ye. Just please bagi aku bahagia dengan orang kesayangan aku sekarang.

Panjang pulak ucpan aku kat kau ehhh... Niat nye xnak semakkan ucapan untuk kau tapi tak pelah untuk terakhir. Aku tak perlu ucapan ape2 dari kau pun btw Thankssss dengan segala ucapan kau tu. Terima kasih buat hidup aku macam tu. But aku bahagia sebab kau dah blah dari hidup aku. Dan sekarang tak payah kau nak stalker hidup aku lagi. Dah cukup pedih pun kau buat aku macam tu, lagi kau nak ape lagi sibukkan dengan hal kehidupan aku. Aku dah remove semua tentang kau dalam hidup aku untuk pengetahuan kau. Aku bukan macam ex2 GF kau yang masih duk tergilakan kau. Kau salah ! Arghhhhh otak aku berkecamuk duk buat essay kat kau. hahaha dengan penuh sukacita aku tak nak tengok kau buat ucapan untuk aku or tanye pape lagi kat aku. Sekian :)




P/s : Sekali aku SAYANG, Aku memang SAYANG. TAPI sekali aku dah BENCI, BENCI selama2 nye... Itulah aku. Aku tak boleh lari dari perasaan tu. KENYATAAN tentang diri aku. Take a note to everybody. Just ALLAH can pay all what he had done. What goes around is comes around so behave :)) Adios Amigos :D








Bersyukurlah :)

Pernahkah kita rasa bersyukur dengan kehidupan sekarang???


Kadang2 kita selalu rase yang hidup ni macam tak adil. Kenape?? For the 1st, I think maybe sebab kita susah nak terima sesuatu kenyataan dan mase tu kite akan fikir, hidup ni seolah2 tidak adil. Dalam hati mesti kita akan merungut "Kenape semua ni terjadi kat aku?" "kenape aku??" "Ape lagi yang tak sempurna aku dimata dia??" "Adakah ini balasan??" "Adalah ini ujian??" "Adakah ini kehendak Nya??" Inilah rungutan yang sering yang terbelenggu di dalam fikiran semua umat yang tidak pernah nak rase bersyukur dengan apa yang dilimpahkan olehNya.. Dan termasuk aku. But tu dulu2 lah. Mase tu aku tak pernah nak berfikir secara waras & rasional..

Pernah tak kite rase bersyukur dengan kehidupan yang telah diatur olehNya kepada kita? Tidakkah kamu tahu bahawa kehidupan kita, corak kehidupan kita, jodoh kita, ajal kita semua tu ditentukan oleh siapa?? Yes of course ALLAH is the best planner for us. So, kenape kita tak boleh terima kenyataan itu dengan hati yang terbuka... Dan aku tak pernah nak salahkan sesiapa dengan kehidupan aku yang sekarang. Walaupun aku tak pernah impikan dengan kehidupan yang sekarang tapi sekurang2 nye aku tetap bersyukur dengan pemberianNya kepada aku. Walaupun 1 ketika dahulu aku pernah jatuh dengan kehidupan aku, btw now aku baru sedar bahawa ALLAH is the best planner for us. 

Kadang2 DIA menguji kita supaya dapat merasa perasaan yang perit, sakit, pedih dan ia amat pedihh. Dia nak kita rasa semua tu. Tahu kenape?? Bukan lah kerana dia BENCI kita tapi sebenarnye DIA SAYANG umatnye maka dia menguji kita dengan cara itu supaya umatnye dapat sedar dan dapat pelajari sesuatu serta dapat berfikir dengan lebih matang. Tapi percayalah kesemua yang berlaku itu pasti ade hikmahnye. DIA tidak akan menguji para umatnye melebihi kemampuan seseorang itu. DIA tahu tahap kemampuan setiap umatnye. Maka haruslah kita terima ia dengan tabah dan redha. Nescaya pada suatu hari nanti akan datang perkara yang lebih gembira berlipat ganda kepada kita. Insyaallah :)

Aku cube belajar untuk hidup bersyukur. Yesss, I need !! Walaupun pasti selepas ni aku mungkin akan diuji dengan pelbagai lagi. Aku berharap aku akan tempuh semua ujian, halangan, rintangan, dugaan tu semua dengan penuh tabah. Walaupun aku ni seorang yang beremosi, actually aku tak de lah nak buat sesuatu yang tak masuk akal. Thanksss to all yang selalu ambik berat pasal aku yep. Aku bersyukur kerana selalu ade orang tolong care kat aku.. Semoga hidup kalian semua diberkati olehNYA selalu dan dimurahkan rezeki and success dalam hidup masing2. Hehehe, always pray for uollsss beb ! ;))



♥ Allah is Merciful ♥ Allah is Merciful ♥ Allah is Merciful ♥







Thursday, 17 April 2014

Kekasih Abadiku Selamanya ^_~

Assalamualaikum 17 April 2014. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup di atas dunia ini... Sesungguhnya, lakukan lah kebaikan sebanyak mana yang mungkin kerana kita tidak tahu bila nyawa kita akan diambil, ketika itu semua kenikmatan diatas dunia ini akan ditarik balik.. Kesemua diatas dunia ini hanyalah pinjaman semata2. Always remember untuk diri sendiri.

Hari ni rasa happy sebab dapat berjemaah dengan para sisiwi di kediaman hostel siswi. Disamping itu juga ada membaca surah yassin, solat berjemaah bersama2 dan solat hajat. Alhamdulillah, sekurang2 nye dapat mensedekahkan bacaan yassin tu kepada datuk, nenek moyang, sedara mara, dan segolongan dengan nye yang telah kembali ke rahmatullah.. 

Tak lupa kepada arwah Abang Hisyam yang merupakan abang kepada Encik Zauj juga telah kembali ke rahmatullah pada bulan lepas. Takziah kepada keluarga beliau. Diharap semua ahli family Encik Zauj dapat menerima kenyataan dengan tenang... Allah lebih sayangkan arwah maka arwah pergi menghadap Allah terlebih awal daripada kita semua walaupun usia nye yang masih muda. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aaminnn...




Sebenarnyeeeee, saya excited nak balik ghumah. heee cuti lagi cuti lagii. Yeayyy!! I can meet him. Seriuosly, miss him.. miss him... miss him.. Dah lame rasenye x rindu kat seseorang macam ni. Har harrr pelik?? Tapi itu lah kenyataan nye. When my feelings 50-50 wanna die and he save my heart. Heee Thank you Encik Zauj. Kau tiba dikala aku goyah dengan perasaan aku yang telah remuk, hati aku yang sakit, luka, perit, tak dapat dibayangkan. Hanya aku yang dapat merasainya.. Walaupun disebaliknya aku ada DIA kekasih abadi selama2 nye. DIA selalu ade bersama aku ketika aku jatuh dan bangkit. DIA lah penguat aku. DIA lah yang menguji aku supaya aku menjadi seorang yang lebih TABAH untuk mengahrungi liku2 kehidupan yang penuh cabaran, TERIMA KASIH KEKASIH ABADI SELAMA2 NYA... 




Notes : Beringatlah kalian.. Dari tanah kita datang, Dari tanah juga kita kembali. Allahuakbar !!! Tak salah kalau kita selalu mengingatkan tentang kematian untuk diri kita bagi peringatan untuk diri dan masa kelak yang lebih terjamin ke arah kebaikan. Mudah2an aku tak leka dengan permainan hidup yang penuh dengan fatamogana ini. Insyaallah :D



♥♥♥Yang pergi tetap pergi, yang hidup harus meneruskan perjuangan di atas muka bumi ini dan Marilah same2 kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas semua arwah2 yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga mereka tenang disana. (Al-Fatihah) Terima Kasih :)












Sunday, 13 April 2014

Dear Zauj ♥ [Love Story Part 1]

To Dear Zauj Mohd Norizuan Bin Zainal a.k.a Erfan Iskandar...


For firstly I would say Thanks to you because accepted me in your life and still love me untill now. Do you know what, when I 1st met you since I'm 19 years old.. That means, 3 years ago... I'm seriously don't have any feelings at you. Yesss, I just wanna be a friends with you because at this time I have a boyfriend. So, I decided you just can be such as like my brother, freinds and not more than that. For 1st time I bring you at my home sweet home and introduced you to all my family, my family liked you. And they said you is a nice guys and kind person. And it's true !! But I can't do anything because at this time I had fallen in love with somebody. Hehehehe yeayhh, "Cinta Monyet" la katekan.. 

As you know, when we are friend I had told to you thats I have a boyfriend but you still wanna be my friends. And I'm just follow because of I think you can be a nice friend to me. And yessss, you did it !! My family, liked you much now. You are success!! Penat dah aihhh speaking, translate Malay lah pulakss ye... Hehe kau berjaya tawan hati family aku. Bagi aku kau hebat sebab kau telah buat parents aku suka kat kau. Dan disebabkan aku dah ade boyfriend dan Family aku dah suke sangat kat kau maka family aku jadikan kau sebagai anak angkat. Kau memang rapat dengan mama & adik beradik aku. 

Tapi kau tak pernah plak bagitahu kat aku yang kau sayang kat aku ehh?? Yelah, mungkin sebab time tu aku dah de "BF" maybe la. Tapi if kau bagitahu kat aku yang kau sayang aku pun, aku still x mampu buat ape2 sebab takkan lah aku nak tinggalkan "BF" aku semata2 sebab kau kan. hahaha macam tak logik sangat. Aku just tunggu je mase itu berjalan, and just waiting what happened with my life bacause I know dear God have the best plan for us...

Dulu2 punye cerita, Family aku pernah paksa aku terima kau. But time tu hati aku keras mengatakan kalau yang si Capital F tu adalah jodoh aku. Hahaha time tu seriously aku buta hati, buta mata, buta cinta and buta semua. Gila2 aku pertahankan mamat tu.. Kalau ingat2 balik, memang aku bodoh sebab pertahankan untuk lelaki yang entah pape tu. Hahaha dia buat aku jadi derita weyy. Tapi tak pe, aku langsung tak kisah lahh.. Tak pe, "What he give, he will get back".. Insyaallah, I just wanna see them ! Dah2 STOP cerita pasal dye tu.. Menyemakk je dalam entri aku kali ni. Muahahahaaaaa "Let's by gone be by gone" larr derr !! Puiiii~~ Hahaha

Tapi setelah kau (Dear Zauj) hadir ke dalam hidup ku, Aku merasakan hilang segala keperitan yang aku lalui dan seolah2 aku tak pernah rase penderitaan sebelum ni... Subhanallah, sungguh besar kekuasaanMU itu. Dan aku sangat bersykur kerana dia telah ambil Capital F dari aku dan memulangkan kau (Dear Zauj) kepada aku.. EngKau hantarkan kepada aku orang yang lebih baik jauh dari yang sebelum ni... Alhamdulillah, syukur tak terhingga aku rasakan. Jangan engkau ambil dia dari aku lagi, kerana aku telah menyemai sayang aku kepadanya untuk kali yang terakhir... Aku sangat takut jika engkau menarik kembali kebahagiaan yang aku rasa kini. Tapi semua itu kehendak dan ketentuan dari Mu. Aku hanya insan biasa yang terpaksa patuh pada setiap ape yang kau rancang kerana aku dalah umat mu.

Jika dia adalah utusan dari Mu kepada aku untuk selama2 nye, Aku terima dengan hati yang terbuka dan sangat beharap dia dapat menjadi seorang yang dapat membimbing aku ke jalan yang benar, tulus dan ikhlas... Dengan ikatan yang bakal kami jalinkan iaitu bertunang semoga dapat mengeratkan hubungan kami dan terus ke alam perkahwinan pada suatu hari nanti. Berkatilah dan restuilah hubungan kami berdua di atas rasa cinta yang suci dan ikhlas dan hanye bersaksikan engkau para malaikat kiri dan kanan... Semoga segala impian yang kami cipta dapat dibina dengan Gah pada suatu hari nanti disemai bersama rasa kasih sayang, cinta yang tulus itu. Insyaallahhhh.. ade jodoh kami takkan ke mane... Aaminnnn :))




  
Ya Allah.........
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMU,
kerana Engkau pun pasti Maha mengetahui sesungguhnye keadaanku, Aku meminta padaMU seorang yang tidak sempurna Ya Raab, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu....... 




Coretan pada pukul 3.20 a.m (rabaksss giler mate)
Khas ditujukan untuk Mohd Norizuan,
Daripada,


Mimie ♥♥♥





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...