❤️ Aku Mengenali Mu ❤️

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 1 November 2011

Mat Rempit Yang Malang

Jai adalah seorang Mat Rempit SEJATI. Lagu SEJATI itu telah di popularkan oleh penyanyi terkenal iaitu Awie. Dye sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motorsikal secara berbahaya dan mengerikan di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengorat anak2 gadis di kampungnya.

One day, malang sungguh tidak berbau kerana hidungnye tersumbat di sebabkan oleh selsema yg di alaminye beberapa hari yang lalu telah menyebabkan Jai terlibat dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina di kampung halaman nye semalam. Kejadian tersebut dikenal pasti berpunca daripada terkejut, Kak Yung yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Jai telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Jai sehingga tembus ke belakang tengkuk Jai.

Bergegas Ayah Long ayah kepada Jai ke hospital sebaik sahaja mendapat hot news tentang anaknya yang cedera ditimpa kecelakaan itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Ayah Long bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Ayah Long: Bagaimana dgn keadaan anak gua doktor?
Doktor     : Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Ayah Long: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor     : Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Ayah Long: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor     : Kalau tak kena tak matilah! Tp dlm keadaan skrg keadaan itu adalah impossible!!


Ayah Long: Oh begitu..!! Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor     : Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Ayah Long: Anak gua 2 Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

P/s : Jadilah Mat Rempit yang profesional, jgn jadi seperti Mat Rempit Jai yang kemalangan akibat bukan daripada merempit tetapi di sebabkan oleh perbuatannye yg bodoh. Tolong jangan memalukan Mat rempit2 yang ade . hehehe Peace !!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...