❤️ Aku Mengenali Mu ❤️

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 17 April 2014

Kekasih Abadiku Selamanya ^_~

Assalamualaikum 17 April 2014. Alhamdulillah, syukur tak terhingga kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup di atas dunia ini... Sesungguhnya, lakukan lah kebaikan sebanyak mana yang mungkin kerana kita tidak tahu bila nyawa kita akan diambil, ketika itu semua kenikmatan diatas dunia ini akan ditarik balik.. Kesemua diatas dunia ini hanyalah pinjaman semata2. Always remember untuk diri sendiri.

Hari ni rasa happy sebab dapat berjemaah dengan para sisiwi di kediaman hostel siswi. Disamping itu juga ada membaca surah yassin, solat berjemaah bersama2 dan solat hajat. Alhamdulillah, sekurang2 nye dapat mensedekahkan bacaan yassin tu kepada datuk, nenek moyang, sedara mara, dan segolongan dengan nye yang telah kembali ke rahmatullah.. 

Tak lupa kepada arwah Abang Hisyam yang merupakan abang kepada Encik Zauj juga telah kembali ke rahmatullah pada bulan lepas. Takziah kepada keluarga beliau. Diharap semua ahli family Encik Zauj dapat menerima kenyataan dengan tenang... Allah lebih sayangkan arwah maka arwah pergi menghadap Allah terlebih awal daripada kita semua walaupun usia nye yang masih muda. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aaminnn...




Sebenarnyeeeee, saya excited nak balik ghumah. heee cuti lagi cuti lagii. Yeayyy!! I can meet him. Seriuosly, miss him.. miss him... miss him.. Dah lame rasenye x rindu kat seseorang macam ni. Har harrr pelik?? Tapi itu lah kenyataan nye. When my feelings 50-50 wanna die and he save my heart. Heee Thank you Encik Zauj. Kau tiba dikala aku goyah dengan perasaan aku yang telah remuk, hati aku yang sakit, luka, perit, tak dapat dibayangkan. Hanya aku yang dapat merasainya.. Walaupun disebaliknya aku ada DIA kekasih abadi selama2 nye. DIA selalu ade bersama aku ketika aku jatuh dan bangkit. DIA lah penguat aku. DIA lah yang menguji aku supaya aku menjadi seorang yang lebih TABAH untuk mengahrungi liku2 kehidupan yang penuh cabaran, TERIMA KASIH KEKASIH ABADI SELAMA2 NYA... 




Notes : Beringatlah kalian.. Dari tanah kita datang, Dari tanah juga kita kembali. Allahuakbar !!! Tak salah kalau kita selalu mengingatkan tentang kematian untuk diri kita bagi peringatan untuk diri dan masa kelak yang lebih terjamin ke arah kebaikan. Mudah2an aku tak leka dengan permainan hidup yang penuh dengan fatamogana ini. Insyaallah :D



♥♥♥Yang pergi tetap pergi, yang hidup harus meneruskan perjuangan di atas muka bumi ini dan Marilah same2 kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas semua arwah2 yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga mereka tenang disana. (Al-Fatihah) Terima Kasih :)












No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...