❤️ Aku Mengenali Mu ❤️

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday 10 May 2014

Bersyukurlah :)

Pernahkah kita rasa bersyukur dengan kehidupan sekarang???


Kadang2 kita selalu rase yang hidup ni macam tak adil. Kenape?? For the 1st, I think maybe sebab kita susah nak terima sesuatu kenyataan dan mase tu kite akan fikir, hidup ni seolah2 tidak adil. Dalam hati mesti kita akan merungut "Kenape semua ni terjadi kat aku?" "kenape aku??" "Ape lagi yang tak sempurna aku dimata dia??" "Adakah ini balasan??" "Adalah ini ujian??" "Adakah ini kehendak Nya??" Inilah rungutan yang sering yang terbelenggu di dalam fikiran semua umat yang tidak pernah nak rase bersyukur dengan apa yang dilimpahkan olehNya.. Dan termasuk aku. But tu dulu2 lah. Mase tu aku tak pernah nak berfikir secara waras & rasional..

Pernah tak kite rase bersyukur dengan kehidupan yang telah diatur olehNya kepada kita? Tidakkah kamu tahu bahawa kehidupan kita, corak kehidupan kita, jodoh kita, ajal kita semua tu ditentukan oleh siapa?? Yes of course ALLAH is the best planner for us. So, kenape kita tak boleh terima kenyataan itu dengan hati yang terbuka... Dan aku tak pernah nak salahkan sesiapa dengan kehidupan aku yang sekarang. Walaupun aku tak pernah impikan dengan kehidupan yang sekarang tapi sekurang2 nye aku tetap bersyukur dengan pemberianNya kepada aku. Walaupun 1 ketika dahulu aku pernah jatuh dengan kehidupan aku, btw now aku baru sedar bahawa ALLAH is the best planner for us. 

Kadang2 DIA menguji kita supaya dapat merasa perasaan yang perit, sakit, pedih dan ia amat pedihh. Dia nak kita rasa semua tu. Tahu kenape?? Bukan lah kerana dia BENCI kita tapi sebenarnye DIA SAYANG umatnye maka dia menguji kita dengan cara itu supaya umatnye dapat sedar dan dapat pelajari sesuatu serta dapat berfikir dengan lebih matang. Tapi percayalah kesemua yang berlaku itu pasti ade hikmahnye. DIA tidak akan menguji para umatnye melebihi kemampuan seseorang itu. DIA tahu tahap kemampuan setiap umatnye. Maka haruslah kita terima ia dengan tabah dan redha. Nescaya pada suatu hari nanti akan datang perkara yang lebih gembira berlipat ganda kepada kita. Insyaallah :)

Aku cube belajar untuk hidup bersyukur. Yesss, I need !! Walaupun pasti selepas ni aku mungkin akan diuji dengan pelbagai lagi. Aku berharap aku akan tempuh semua ujian, halangan, rintangan, dugaan tu semua dengan penuh tabah. Walaupun aku ni seorang yang beremosi, actually aku tak de lah nak buat sesuatu yang tak masuk akal. Thanksss to all yang selalu ambik berat pasal aku yep. Aku bersyukur kerana selalu ade orang tolong care kat aku.. Semoga hidup kalian semua diberkati olehNYA selalu dan dimurahkan rezeki and success dalam hidup masing2. Hehehe, always pray for uollsss beb ! ;))



 Allah is Merciful  Allah is Merciful  Allah is Merciful 







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...