❤️ Aku Mengenali Mu ❤️

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 13 February 2015

Takziah !!!

Assalamualaikum wbt kepada semua umat islam yang disayangi.... Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknye. Aaminn..

"Sesungguhnya dari Dia kita datang, kepada Allah kita kembali" 

Kita digemparkan dengan berita pemergian seorang khalifah Allah yang bernama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau terkenal dengan Tuan Guru Nik Aziz pada 12 Februari 2015. Beliau telah disahkan meninggal pada jam 9.45 malam tadi di rumahnya di Pulau Melaka Kota Bahru.


Al-Fatihah... Allahurabbi.. Tergamam dan terkedu. Hilangnya sebutir permata negara. 12 Feb 1949 Imam Hassan Al-Banna. 12 Feb 2015 Tuan Guru Nik Aziz...

"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur"
~(HR. Ahmad no.6582 dan At-Tirmidzi no.1074)~



Notes :
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yg Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenagkan
Kau Guru kami kau Murabbi kami
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersam terus bersemadi
Kau Guru kami Kau Murabbi kami
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Disaat kau mash diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang ESA
Ya Allah, tempatkannya ditempat yg mulia
Tempat yg kau janjukan nukmat untuk hamba MU
Murabbiku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahukau tiada disisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih hatiini mengenagkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan berbahagialah dikau disana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga disana kau bersama solehin
KAU GURU KAMI KAU MURABBI KAMI
AL-FATIHAH TOK GURU KESAYANGAN KAMI
TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT.... :'(






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...